REUNION SMACH 2006 @ Kembara Resort, Merang, Terengganu.

Assalamualaikum.
Pertama sekali saya ingin mungucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan bagi menjayakan Reunion 2006 pada 30 April dan 1 May baik secara langsung mahupun sebaliknya.
Tahniah buat semua.
Kepada yang tidak berkesempatan untuk menyertai program yang telah dijayakan harapnya dapat mengambil bahagian pada masa akan datang.
Berikut senarai nama yang telah menjayakan Reunion 2006.
1. Aidie Amin
2. Mohd Nasirudin
3. W.Mohd Azhari
4. Hafizul Hazlan
5. Ahmad Shah
6. Che Mohd Imran
7. Mohd Isham
8. Abu Salam
9. Wandi
10. Hamizi
11. Mohd Zukimi (Boy Naja)
12. Junaidi (Hubby Farah)
13. Norfarah Salwa + Batrisya (Baby)
14. Noramryina
15. Norbaizura
16. Fazlia
17. Norhafizan
18. Eliza Diana
19. Eliza Diani
20. Ruhaiza
21. Wan Noriah
22. Zuriaty
23. Adik Mc Jae
Pelawat yang datang pada hari check out. Sempat masuk sesi bergambar tahap nak mabuk...
1. Samsudin Zakir
2. W.Mohd Amri
Peserta yang bayar tetapi tidak dapat menyertai program disebabkan masalah yang tidak dapat diatasi.
1. Normaliza
2. Mohd Azizi
Pemberi sokongan dengan membeli tshirt Reunoin 2006 walaupun tidak menyertai.
1. Azahari
2. Siti Marina
3. Najmudin
4. Kamal
30 April 2006
4:30 pm
Bagi peserta yang datang dari JB, Melaka, KL, Kuantan dan KT berkumpul di depan Istana Maziah. Peserta yang lambat sekali tiba Ise ngan Miji.
Pukul 7:00 pm bertolak ke Kembara Resort.
Geng² dari Kelate terus ke Kembara Resort... Aku tak ingat sape yg last sekali sampai...Rasenye group McJae.
Pukul 7:40 pm check in.
Masalah timbul setelah check in...Bukan tak cukup bilik....
Masalah nye... BBQ tak disediakan..Brekpas untuk esok pagi pon tak disediakan...
Aduh.....pening aku.
Namun alhamdulillah....masalah dapat diatasi.
Kami buat sendiri BBQ. Owner resort call kedai ayam mintak hantar ayam. Pukul 8:30 pm ayam sampai.
Ade ke patut owner resort suruh kami makan ayam bakar garam kunyit je??? Marah betul....lagi satu dia suruh kami beli tapau makan kat pasar malam lepas tu makan ramai²...tak masuk akal langsung...
Pkl 8:50 pm aku, Lea, Naja dan Kimie pegi kedai beli rempah ratus, air dan ape² yang patut. Kami beli nasi kerabu kat pasar malam..sementara bakar ayam nanti boleh makan nasik kerabu... Sementara tu Sudin, Juki, Ise pluck ayam yg dah siap potong.
Balik dari kedai....
Acara marinade ayam... Kami menggunakan khidmat tangan Lea untuk gaul sehingga sebati ayam dan rempah ratus juta yang dicipta sendiri..
Antara bahan² rempah segera kami ialah... Perencah ikan bakar 2 paket, sos tiram 1 botol, rempah masak daging 2 paket, serbuk kunyit adabi 2 paket, ajinomoto 1 paket kecil, garam ½ bungkus dan kicap manis cap kipas udang 1/5 botol.
Dah siap gaul.....sempatlah perap dalam masa 1 ½ jam.
Pukul 11:00 pm kami mulakan acara BBQ...semua org ambil bahagian..
Bagus...semua bekerjasama.. Bahagikan kepada 2 shitf. Shift A bakar ayam dulu...sementara Shift B makan nasi kerabu... Kendian Shift B sambung BBQ..Shift A makan nasi kerabu sambil meminta minta ayam BBQ...terutama Sudin.. Sudin Ketua Shift A..tapi takde org boleh lawan Ketua Masak....Ruhaiza... Dok gitu Ja??
Dari awal BBQ hingga bara padam...Ja tukang pegang senduk....
Lariiiiiiii...... 
Dah siap semua BBQ...Makan...
Kami start dengan Meeting untuk penubuhan Organisasi Alumni. Panjang lame gile meeting... Wandi jadi cameraman... Asyik² zoom...Asyik² zoom..pantang nama yg disebut..pasti akan menjadi tumpuan moncong handycam Wandi.
Jadi.. Kamal aku akan FAX kan Organisasi Alumni kita.
Nanti Kamal akan masukkan dalam forum.
Meeting berakhir pukul 3:00 pagi... Setelah bergotong royong kemaskan meja... aktiviti seterusnya bebas...
Ise, Miji, Mad Shah, Juki, Sudin sape lg eh?? Keluar anto Che Mere ke KUSTEM... Awal pagi pukul 10 Che Mere dah nak kena balik Melaka.
4:00 pagi..
Acara sembang² sambil kutuk² dan gelak²...sambil makan colek pauh Diana ke Diani yg bawak?? Sambil² makan ayam...
Melarat larat sembang secara tak sengaja...langsung jadi Forum.
Abu Salam jadi pengerusi FORUM MASALAH CINTA.
Ahli panel yang terlibat adalah....
1. Mc Na
2. Lea
3. Mad Shah
4. aku
Penonton...
1. Aty
2. Diana
3. Diani
4. Juki
5. Sudin
6. nori
Pelbagai persoalan yang diutarakan...pelbagai masalah yang timbul..macam² situasi masalah cinta yg ditanya bagi memeningkan ahli panel...sehingga penonton semakin berkurangan kerana pening dengar masalah...bukan mengantuk ye...
Yang dasatnye....siap ade panggilan dari penonton di rumah bertanyakan pengerusi berkenaan masalah cinta...tragis giler..
Lepas azan subuh baru Forum berakhir...
01 May 2006
7:00 pagi
Tak tido.....
Aku ngan Mc Na awal² dah kluar dating...he..he..he..
Takde lah...Kuar pegi kedai....beli sarapan..Awal keluar nih...sebab aktiviti seterusnya puluk 8.
Ikut kan aku..banyak lagi kueh yg nak beli...nasib baik Mc Na tak bagi..
Tapi betul cakap Mc Na...beli banyak² nanti tak habis... Memang tak abis pon..
Sarapan ade nasi dagang, nasi minyak, nasi lemak...kueh ada donat, karipap, kueh bakar dan jemput bulat besor penumbuk Nori.
Ape..tunggu nak sarapan sama²...pergh... Pukul 9:00 pagi baru semua turun...
Sebelum sarapan ade game... Volleyball..
Team Aku lawan Team Sudin.
Team Aku
1. Aku
2. Mc Na
3. Miji
4. Mad Shah
5. Pjoe
Team Sudin
1. Sudin
2. Juki
3. Lea
4. Naja
5. Kimi
Huargh......geng sudin kuat main ngelat...
Tapi geng aku hebat....Mc Na banyak pungut mata....
2-0.... ape crita Sudin????
Lea?? terima rasuah ke?? He..he..he... 
Penat main...peluh giler²..
Pukul 10:00 pagi baru sarapan....
Asyik sarapan...sembang²...
Farah ngan Hubby dan baby balik dulu...coz adik ipar nak balik KL.
Pukul 12:00 check out dan acara bergambo di tepi pantai...
Pelbagai gaya dan aksi...macam model selipar Jepun pon ade...
Lame giler bergambo....hampir sejam...
Pukul 1:00 tghari kami meninggalkan Kembara Resort dengan penuh keriangan dan kenangan manis. Walopon letih tapi tak terasa.
Semoga Reunion sebegini akan dapat terus diadakan untuk masa akan datang bagi setiap tahun dan diharap semakin mendapat sambutan dan sokongan di kalangan kita.
Tahniah dan terima kasih sekali lagi.
Nak tgk gambo click sini :Reunion 2006 @ Kembara Resort
Posted at 02:21 am by
eddydodie